Soalan:

Assalamualaikum Ustaz

Saya ada satu kemushkilan berkenaan solat jamak.

Kawan saya (perempuan) perlu menghadiri satu majlis makan malam yang memerlukan dia berada di majlis tersebut dari waktu maghrib sehingga lewat malam dengan pakaian & makeup. Bolehkah kawan saya jamak solat maghribnya ke dalam waktu isyak atau sebaliknya?.. Sekian, Terima kasih..

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt,

1)Tiada sebab yg diharuskan syarak yg membenarkan dia untuk Jamakkan solatnya.

2)Dia boleh berwuduk sebelum majlis dan pergi menunaikan solat maghrib apabila masuk waktunya. Isyak ditunaikan setelah selesai majlis. (sebaiknya keluar seketika untuk solat isyak mcm maghrib tadi)

3)Solat lebih utama daripada urusan duniawi, tunaikan solat agar kita tidak berhutang dgn Allah atas kewajipan kita kepadanya..

4) Lagi baik dia x hadir sekiranya majlis itu berunsur maksiat @ lagha (sia-sia)..

Wallahualam,

Faqir ilallah..

Jawapan oleh: Ustaz Ahmad Shukri Muhammad
Email: mazar_1993@yahoo.com

Sedikit tambahan berkaitan Solat Qasar dan Jama’
Re: [zaharudin.net]
 
Solat Qasar
 
Syarat sah qasar, antaranya:
1. Mesti ada niat utk bermusafir.

 

Maksudnya:

i. ada tujuan/hala tuju destinasi (yg baik) sebelum bermusafir, kalau tiada tujuan walaupun kelilingi satu dunia, tidak sah qasar.

ii. jika niat utk bermukim pada satu2 kawasan tidak sah qasar kecuali Hanafi yang mengatakan sah.

2. Perjalanan 16 farsakh @ 48 batu @ dua marhalah kecuali Hanafi yang mengatakan 3 marhalah atau 72batu @ 115km.

3. Niat qasar pada setiap kali solat kecuali Maliki yg memadai hanya berniat sekali sahaja iaitu di dalam solat yang pertama semasa musafir seperti mana niat puasa ramadhan pada hari pertama yang meliputi sebulan.

 
Hukum qasar:
Syafii dan Hanbali: Harus
Maliki dan Hanafi: Sunnat Muakkad
 
Tmpt bermula qasar
Selepas musafir bermula. Tak sah qasar sekiranya perjalanan belum bermula.
 
Solat jama
 
Sebab2nya, mengikut Maliki:
1. Musafir
2. Sakit
3. Hujan
4. Haji di Arafah dan Muzdalifah
 
Mengikut Syafie:
1. Musafir, harus jama’ taqdim dan ta’khir
2. Hujan. Hanya jama’ taqdim sahaja.
 
Syarat jama’ taqdim:
1. Solat waktu yg pertama dahulu. Cth: zuhur dan asar, kena zuhur dahulu.

2. Berturut2 antara dua solat. Tak boleh ada fasil yang terlalu lama seperti solat sunnat rawatib.

Cth: Solat sunat rawatib zuhur baru solat asar. Bagaimanapun, fasil dgn sbb berwuhu’, azan dan iaqamah adalah harus.

3. Yakin waktu pertama masih ada sehingga selesai kedua2 solat yg dijama’kan.
 
 
Rujukan: Kitb Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah, Abd Rahman al-Jaziri

Please support us:
5