Cerai Ta’liq merupakan kaedah penceraian yang sah, DAN lafaz tersebut tidak boleh ditarik balik. Ini juga merupakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bertarikh 1 Jan, 1999 yang menyebut :

“Semua jenis cerai taklik adalah sah dan jatuhlah talak apabila berlaku perkara yang ditaklikkan tersebut dan semua jenis cerai taklik tidak boleh ditarik balik.” (Rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/kategori-fatw … hat?page=5)
Jumhur ulama’ menerima kaedah Talaq ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah melaporkan diri kepada Pejabat Agama Negeri secepat yang mungkin untuk mendapatkan pengesahan cerai ta’liq dan lafaz kinayah (sindiran) didepan pegawai Jabatan Agama.

Perlu diberi perhatian, bab Nikah-Cerai merupakan kuasa yang diberikan kepada pemerintah, maka apa-apa persoalan mengenai Nikah-Cerai hendaklah dirujuk kepada keputusan fatwa sesebuah negara itu sendiri.

Anda boleh tunjukkan juga pautan diatas mengenai Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kepada isteri anda, dan juga pautan dibawah ini mengenai definisi Cerai Ta’liq.

1. Jabatan kehakiman Syariah Negeri Selangor – Soalan Lazim
www.jakess.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=59

2. Bolehkah Lafaz Talaq Ta’liq di Tarik Balik?
zaharuddin.net/rumahtangga-&-keluarga/235-bolehkah-lafaz-talaq-taliq-di-tarik-balik.html

Please support us:
5