كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali `Imran: 110)
Print
PDF

Sejarah Palestin - part 4

Share

Jalan Menuju Kebebasan.

Slogan (Peperangan Kebangsaan) dan (Kesatuan Jalan Kebebasan) mengepalai tempoh 1948-1967, Jamal Abdul Naser telah dilantik mengetuai kesatuan Arab bagi membebaskan Palestin. Bagaimanapun kesatuan Arab telah hilang sistem yang benar dan kesungguhan serta keinginan yang sebenar untuk berperang. Telah diasaskan pertentangan Palestin atas sebab-sebab taktikal seperingkat tetapi tidak mengandungi plan stratergi yang merangkum, bahkan mereka lebih sibuk dengan ideologi dan gembar gembur sentimen Republik melebihi persediaan untuk peperangan, manakala Rejim Zionis bertambah kuat dan kemas.

Telah ditubuhkan Gerakan Pembebasan Palestin (PLO) tahun 1964 di bawah pimpinan Ahmad Syuqairi dengan dukungan langsung dari Jamal Abdul Naser yang takut terlepas pandangan isu dari tangannya, setelah medan Palestin mencetus gelombang gerakan rahsia yang tersusun, terutamanya (FATAH) yang berakar umbi pada tahun 1957. PLO pada 1948 bertujuan untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah dengan mengakui perjuangan bersenjata satu-satunya jalan pembebasan. Ia telah menyemarakkan bangsa Palestin untuk kembali membangunkan negara mereka dengan dianggap menjasadkan roh kenegaraan dan kerajaan Palestin yang telah lama hilang. Pada 1968 telah bergabung pertubuhan-pertubuhan pembebasan Palestin di ketuai oleh FATAH ke dalam PLO lalu Yaser Arafat(Ketua FATAH) dilantik menjadi ketua PLO sejak Febuari 1969, Pada 1974 Liga Arab mengiktiraf PLO sebagai wakil tunggal yang rasmi untuk bangsa Palestin. Maka telah lengkaplah perwakilannya pada tahun itu juga setelah diterima menjadi anggota pemerhati di PBB.

Print
PDF

Sejarah Palestin - part 3

Share

Penubuhan Negara Israel dan Keupayaannya.

Pada 29 November 1947 telah dinyatakan oleh Pertubuhan Am Bangsa-Bangsa Bersatu laporan bernombor 181 dengan memisahkan Palestin kepada dua negara Arab dan Yahudi(54% untuk Yahudi dan 45% Untuk Arab, 1% sebagai negara antarabangsa iaitu kota al Quds). Adapun Laporan Pertubuhan Am bukanlah laporan yang putus sehingga dipersetujui PBB sendiri. Bahkan laporan itu bercanggah dengan asas pendirian PBB. Ia adalah hak setiap bangsa menentukan kebebasan perjalanannya sendiri. Sedang bangsa Palestin tidak diberi hak memberi pendapat dan pandangan dalam menyerahkan haknya kepada Yahudi pendatang yang lebih besar dan melampaui hak mereka sendiri sebagai tuan tanah.

Yahudi telah mengisytiharkan Negara Israel pada petang 14 Mei 1948. Mereka telah mengalahkan tentera Arab tiga penjuru sebagai hasil dari kelemahan kepimpinan, keampuhan perancangan dan kurangnya pengalaman. Telah jatuh sebilangan darinya ke tangan penjajahan dan Zionis telah mengambil alih kira-kira 77% dari bumi Palestin dan mengusir secara paksa 800 ribu orang Palestin keluar dari bumi mereka yang telah didirikan di atasnya kerajaan mereka yang asalnya 925 ribu penduduk.(Jumlah keseluruhan bangsa Palestin pada akhir 1948 sekitar 1.4 juta orang) Zionis telah merobohkan 478 perkampungan yang jumlah asalnya 585 kampung yang telah berdiri di bumi yang dijajah. Mereka telah melakukan 34 pembantaian. Adapun bahagian yang masih kekal untuk Palestin telah dimasukkan ke dalam Jordan daerah Tebing Barat yang berkeluasan 5878 KM persegi, manakala Mesir telah memasukkan Ghaza ke dalam pentadbirannya yang berkeluasan 636 KM persegi. PBB telah bersetuju menerima keanggotaan Israel sekiranya mereka membenarkan pelarian Palestin pulang ke negara mereka. Bagaimanapun syarat ini sampai hari ini tidak dipenuhi sepenuhnya.

Print
PDF

Sejarah Palestin - part 2

Share

Britain Dan Penempatan Yahudi Di Palestin.

 

Telah jelas pada British projek Zionis dengan termeterai perjanjian Balfour pada November 1917 bagi tujuan menubuhkan negara bagi bangsa Yahudi di Palestin, dan disahkan lagi dengan penjajahan ke atas Palestin pada tahun September 1918. British telah memungkiri janjinya dengan Arab di bawah pimpinan Syarif Hussein bahawa akan memberi kebebasan dan kemerdekaan. Telah diagihkan peranan penaklukan di Syam dan Iraq di antara British dan Perancis. Telah didepakati dalam perjanjian Saix-Beco pada Mei 1916 yang merencanakan  untuk meletakkan Palestin sebagai kawasan antarabangsa, tetapi British berhajat kepada Palestin dalam perjanjian San Reemo pada April 1920. Ini membolehkan penyerapan perjanjian Balfour mengorak langkahnya ke atas Palestin yang telah ditetapkan sebagai milik semua bangsa pada Julai 1922.

Print
PDF

sejarah palestin -part 1

Share

Palestin Sepanjang Sejarah.

Oleh: Dr Muhsin Muhammad Soleh[1].

Muqaddimah:

Palestin merujuk kepada tanah bahagian Barat Daya Syam . Palestin terletak di persisiran Laut Meditteranien di Asia Barat. Merupakan bulatan penyambung antara Asia dan Afrika sepertimana keistimewaannya yang dekat dengan Eropah. Sempadan utaranya bertemu Lubnan, timur lautnya Syria, timurnya Jordan dan selatannya Mesir. Keluasan Palestin yang diiktiraf mencecah 27 ribu KM persegi. Palestin menikmati cuaca iklim Laut Meditteranien.

Bumi Palestin merupakan kota tamadun tertua di dunia. Menurut kajian kesan sejarah moden, Palestin merupakan tanah pertama yang menyaksikan penempatan manusia dan pertanian sebelum kira-kira 9 ribu tahun sebelum masehi, suku darinya telah terdiri Bandar paling tua dalam sejarah (Kota Ariha) kira-kira 8 ribu tahun sebelum Masehi, sehingga kini masih makmur dan kaya dengan tamadun.

Bumi Palestin memiliki kedudukan yang besar dalam hati setiap Muslim sebagai tanah yang suci dan berkat dalam teks al Quran al Karim. Padanya terletak Masjid al Aqsa sebagai kiblat pertama orang Islam dan juga masjid ketiga umat Islam, ia juga merupakan bumi Israk Rasul selain merupakan tanah nabi-nabi; telah lahir padanya dan wafat dalamnya serta bersemi bersama tanahnya ramai dari kalangan nabi-nabi yang disebut dalam al Quran.

Print
PDF

Kisah Nabi Ishaq a.s. (اسحاق)

Share

Nabi Ishaq adalah putera nabi Ibrahim dari isterinya Sarah, sedang Nabi Ismail adalah puteranya dari Hajr, dayang yang diterimanya sebagai hadiah dari Raja Namrud.

Tentang Nabi Ishaq ini tidak dikisahkan dalan Al-Quran kecuali dalam beberapa ayat di antaranya adalah ayat 69 sehingga 74 dari surah Hud, seperti berikut:

" Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami {malaikat-malaikat} telah datang kepada Ibrahim membawa khabar gembira mereka mengucapkan "selamat".Ibrahim menjawab: "Selamatlah" maka tidak lama kemudian Ibrahim menjamukan daging anak sapi yang dipanggang. 70. Mak tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. malaikat itu berkata " Janagan kamu takut sesungguhnya kami adalah {malaikat-malaikat} yang diuts untuk kaum Luth." 71. dan isterinya berdiri di sampingnya lalu di tersenyum. Maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira akan {kelahiran} Ishaq dan sesudah Ishaq {lahir pula} Ya'qup. 72. Isterinya berkata " sungguh menghairankan apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua dan suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua juga? Sesungguhnya ini benar-benar sesuatu yang aneh. 73. Para malaikat itu berkata " Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah? { itu adalah} rahmat Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan atas kamu hai ahlulbait! sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. 74. Mak tatkala rasa takut hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya dia pun bersoal jawab dengan {malaikat-malaikat} Kami tentang kaum Luth." { Hud : 69 ~ 74 }

Print
PDF

Kisah Nabi Luth a.s. (لوط)

Share

Nabi Luth adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim. Ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh adalah saudara sekandung dari Nabi Ibrahim. Ia beriman kepada bapa saudaranya Nabi Ibrahim mendampinginya dalam semua perjalanan dan sewaktu mereka berada di Mesir berusaha bersama dalam bidang perternakan yang berhasil dengan baik binatang ternaknya berkembang biak sehingga dalam waktu yang singkat jumlah yang sudah berlipat ganda itu tidak dapat ditampung dalam tempat yang disediakan.

Akhirnya perkongsian Ibrahim-Luth dipecah dan binatang ternakan serta harta milik perusahaan mereka di bahagi dan berpisahlah Luth dengan Ibrahim pindah ke Yordania dan bermukim di sebuah tempat bernama Sadum.

Sepatah dua kata...

Segala puji bagi Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, kaum kerabat baginda serta sahabat-sahabat beliau.

Pertama sekali kami mengucap syukur diatas kurnia Allah kerana telah memilih kami untuk mengerjakan pekerjaan yang teramat tinggi ini (dakwah). Dan sujud serta insaf kami di atas segala kelemahan dan kedaifan diri. Dengan ilmu pengetahuan yang amat sedikit ini kami telah cuba dengan sedaya upaya kami untuk melahirkan sebuat halaman web yang menggandungi sebanyak dan sebaik mungkin berkenaan dengan Islam yang suci ini.

Kami memohon kepada Allah agar menerima amalan yang sedikit ini untuk dijadikan bekal ke kampung halaman(akhirat) tetap nanti. Dan kami telah sedaya upaya mencuba menyalin dengan sebaik mungkin agar tidak berlaku apa-apa kesalahan. Dan juga memastikan sumber dan sanad yang sahih. Juga tidak sedikit bahan-bahan yang terkandung disini di salin secara terus dari halaman-halaman web yang telah terlebih dahulu menjunjung sabda Nabi: “sampaikan walau satu ayat”. Tetapi tidaklah kami siarkan nama-nama perjuang itu dengan niat hendak menjaga amal mereka.

Kepada Tuan-Tuan yang lebih arif mengetahui, tegurlah kami seandainya terdapat salah dan silap dalam usaha ini menggunakan borang Contact Us, Dan panjangkanlah. Sesungguhnya sebaris peringatan yang baik itu lebih bernilai dari dunia dan seisi-isinya.

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”